Rabu, 5 Oktober 2011

WALIMATUL URUS


















Walimatul urus ( Ezeq’s Ent)
Pengusaha Syarikat: Azerinawati Binti Ahmad @ Azerin Ahmad
Hp number: +6738843221
Email peribadi: neenazerin@gmail.com
Blog : ezeqscorner.blogspot.com
Rakan niaga: Puan Kartini Abd. Manap (Ibu)
Tempat konsultasi perundingan:
Syarikat Kartini, Lot 6180 G1 Jalan Masjid , Kuala Belait.
No: 1 E Spg 363-29-73-11, Rpn Kg Pandan 7, Kuala Belait.
Pengenalan.

Walimatul urus adalah nama yang dipilih untuk cabang perniagaan yang berkaitan dengan perkahwinan. Manakala syarikat ezeq’s & syarikat kartini ( gandingan ibu dan anak)adalah merupakan nadi penggerak bagi menjalankan perniagaan ini. Dan kami telah pun beropersi selama beberapa tahun secara kecil kecilan bermula dengan menyediakan bunga telur, bunga manggar dan bunga rampai serta khidmat catering bagi acara merisik, bertunang, doa selamat dan majlis- majlis kecil.
Dari sinilah khidmat kami di kenali sehingga ada pelanggan yang menempah untuk membuat hantaran serta menghias bilik pengantin. Ada juga yang meminta untuk kami menolong untuk menguruskan segala hal yang berkaitan untuk majlis perkahwinan dari mencari photographer sehingga menyediakan khidmat pengangun dan persembahan hadrah dan tausyeh.
Sehingga akhirnya wujudlah Walimatul Urus sebagai perunding perkahwinan. Walaubagaimanapun perniagaan ini belum lagi di kenali secara meluas memandangkan masyarakat sekeliling masih lagi belum dapat menerima konsep “Wedding Planner”. Dan ada juga yang menyangka menggunakan Khidmat perunding akan mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi.
Jika di nilai dengan mata kasar begitulah tanggapan masyarakat. Tetapi sekiranya di lihat dengan teliti, menggunakan khidmat perunding akan lebih memudahkan bagi bakal mempelai serta keluarga daripada bersusah payah untuk melakukannya sendiri. Dan juga perancangan akan lebih teratur kerana setiap “ wedding planner” akan ada SENERAI KERJA YANG TERPERINCI. Serta mengikut bajet kemampuan pelanggan.

Tujuan
1. Memberi khidmat perundingan perkahwinan keseluruhan mengikut kemampuan pelanggan
2. Memudahkan bakal RATU & RAJA SEHARI serta Keluarga dari bersusah payah mencari dan menawar harga bagi majlis perkahwinan.
3. Bertindak sebagai orang tengah bagi pelanggan.
4. Memperkenalkan konsep konsep dan tema perkahwinan yang berlainan
5. Mencipta satu perniagaan berkonsepkan Team Work.

Local Malay Wedding Planner’s Lists:-
1. Pre planning wedding consultancy ie; question on budget.
2. Develop concepts and ideas
3. Invitation cards with lists of invitees
4. Wedding venues
5. Pelamin packages
6. Bridal attires
7. Make up and henna drawings
8. Event menus/ caterers
9. Kem dan meja + kerusi
10. Door gifts
11. Gubahan hantaran
12. Entertainment
13. Master of ceremony
14. Local customs/ cultural ceremonies
15. Photographers and video graphers
16. Pengangun
17. Bunga telur, bunga rampai, bunga manggar
18. Bedak 7 warna
19. Bridal room decoration
20. Others..

Hai Assalamualaikum to all...


Dah lama tak update block ni.. So now its time to update..Walimatul urus sekarang ni dah pun berjalan walaupun perlahan tapi masih lagi on. Alhamdulillah sekarang ni dah ada tempahan untuk wedding planner.

Now, Walimatul Urus menguruskan perkahwinan mengikut budget anda. Let us be the one to handle all about the wedding management while you sit back and relax. Walimatul Urus akan menguruskan dari sekecil urusan sehingga sebesar yang anda mampu.

Dari gubahan hantaran, bunga telur, bunga rampai, bunga manggar ke pelaminan, katering, photographer, make up artis, baju pengantin dan sebagaimana yang anda perlukan, kami dengan sedaya upaya akan cuba menyediakannya mengikut kemampuan budget anda. so sekiranya ada yang berminat sila lah hubungi kami. Insya Allah kami cuba yang terbaik untuk Hari Bahgia anda.

Jumaat, 6 Mei 2011

Bab Talak

Pengertian Talak
Talak merupakan kalimah bahasa Arab yang bermaksud "menceraikan" atau "melepaskan".Mengikut istilah syara' ia bermaksud, "Melepaskan ikatan pernikahan atau perkahwinan dengan kalimah atau lafaz yang menunjukkan talak atau perceraian".
Jika suami melafazkan kalimah ini ke atas isterinya, maka dengan sendirinya mereka berdua telah terpisah dan isterinya berada dalam keadaan iddah . Jika semasa isteri di dalam iddah kedua pasangan ingin berdamai, mereka boleh rujuk semula tanpa melalui proses pernikahan. Sebagaimana firman Allah swt di surah At Talak ayat 2 yang bermaksud,
"Maka rujuklah mereka dengan cara yang baik atau ceraikanlah mereka dengan cara yang baik pula"

Hukum talak
Hukum
Penjelasan
Wajib
a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi
b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat untuk perdamaian rumahtangga mereka
c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik
d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami
Haram
a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas
b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi
c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut harta pusakanya
d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih
Sunat
a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya
b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya
Makruh
Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan mempunyai pengetahuan agama
Harus
Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah putus haidnya

Tanggung jawab isteri kepada suami
TAAT
Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.
Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
MELAYAN SUAMI
Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya.
Sabda Rasulullah SAW:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.
(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)
MENGURUS RUMAHTANGGA
Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.
MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku. Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Al-Ahzab: 59)

MENYENANGKAN HATI SUAMI
Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.
 Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.
PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabt dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagi "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.
Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan.
Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahawa perkahwinan ini adalah penting dalam sesebuah masyarakat kerana keluarga merupakan batu asas dalam pembinaan sesebuah masyarakat. Untuk melahirkan sesebuah masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa ahli-ahli masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Untuk melahirkan masyarakat yang yang kuat, mulia, dan saling bertangungjawab, pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia.

Sabtu, 16 April 2011

PERKHIDMATAN PERUNDING PERKAHWINAN

Salam semua, dah lama tak update blog ni. Sekarang walimatul urus ada menawarkan khidmat perunding perkahwinan. kami ada menyediakan khidmat andaman, busana, bunga telur, pelaminan, photographer, katering, gubahan hantaran, hias bilik pengantin dan apa apa keperluan bagi melaksanakan impian hari bersejarah anda.

Dan harga package yang akan di tawarkan adalah mengikut bajet yang anda senangi. kami juga boleh menyediakan door gift berupa produk keluaran tempatan seperti kuih muih, cupcake, bunga rampai, dodol dan macam macam lagi.

Sekiranya anda berminat sila hubungi saya di nombor 8843221 dan ibu 8664092.

Khamis, 14 April 2011

Dah lama tak up date.....

Kat sini lah Kedai yang Saya maksud kan tu... Walimatul urus beroperasi bersama Syarikat Bunda Kartini. Alamat Kedai Ni : G1 Lot 6180 jalan asjid Kuala belait.

Isnin, 24 Januari 2011

Peranan Suami Dalam Rumah Tangga

Suami merupakan ketua keluarga dan pemimpin bagi isteri dan anak-anaknya. Firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 34: Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan”

Sehubungan dengan itu, Islam mewajibkan kepada para suami dan ketua keluarga ini untuk melaksanakan tanggung jawab mengemudi rumahtangga ke arah peraturan dan disiplin yang telah digariskan di dalam ajaran Islam.

Firman Allah dalam Surah al-Tahrim ayat 6: Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya terdiri daripada manusia dan batu (berhala)…”

Dr Wahbah Zuhayli ketika mengulas ayat al-Quran ini telah menyatakan bahawa Allah memerintahkan agar kita mendidik diri agar terselamat daripada seksaan api neraka dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Seterusnya kita juga berkewajipan untuk mendidik serta menyuruh ahli keluarga untuk mentaati Allah serta melarang mereka daripada terjebak dalam sebarang perkara maksiat… ‘Nasihatilah mereka serta didiklah mereka supaya kamu dan keluarga kamu terselamat daripada azab api neraka yang besar yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu’ (Dr Wahbah Zuhayli, al-Tafsir al-Munir, 28/316).

Ayat al-Quran di atas telah dikuatkan lagi dengan ayat lain yang menggambarkan tentang perkara yang sama iaitu mendidik serta menyuruh ahli keluarga untuk mentaati perintah Allah. Firman Allah dalam Surah Taha ayat 132: Maksudnya: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami (Allah) tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa”.

Nabi SAW telah bersabda:
مروا أبناءكم بالصلاة لسبع، واضربوهم عليها لعشر، وفرقوا بينهم في المضاجع
( رواه أحمد وأبو داود والحاكم)
Maksudnya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukul mereka (sekiranya tidak mahu bersolat) ketika mereka berumur sepuluh tahun, dan pisahkan tempat tidur mereka”.

Secara ringkasnya, peranan suami dalam mengemudi rumahtangga adalah dengan melaksanakan perkara-perkara berikut:

1) Memberi nafkah (sara hidup) kepada isteri dan anak- anak berupa makan, minum, pakaian dan tempat tinggal yang sesuai dan munasabah menurut kemampuannya. Firman Allah dalam surah al-Talaq ayat 7: Maksudnya: “Hendaklah orang Yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa Yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa Yang diberikan Allah kepadanya (sekadar Yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) Yang diberikan Allah kepadaNya. (orang-orang Yang Dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan”.

2) Memberi didikan dan asuhan agama sepenuhnya kepada isteri dan anak-anak serta sanggup berkorban kerana kebahagiaan mereka. Firman Allah: Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya terdiri daripada manusia dan batu (berhala)…”

Sekiranya suami tidak mampu memberi didikan agama kerana kejahilannya, maka menjadi kewajipannya mencari guru atau menghantar mereka ke tempat-tempat yang boleh menambahkan ilmu agama mereka seperti kelas al-Quran, fardhu ‘ain dan sebagainya.

3) Bertanggungjawab tentang didikan dan pelajaran anak-anak selaras dengan kehendak Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.:

كل مولود يولد على الفطرة، فأبواه أن يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه
Maksudnya: “Setiap kanak-kanak itu dilahirkan di atas fitrah (sifat semula jadi) dan kedua ibu bapanyalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”

4) Memelihara dan melindungi rumahtangga, isteri dan anak-anak dari sebarang bahaya. Firman Allah S.W.T.: Maksudnya: “Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani edahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka(di tempat tinggal mereka itu) dengan tujuan hendak menyusahkan keadaan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu” (Surah al-Talaq : 6)

5) Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada isteri dan anak-anak dengan cara pimpinan yang bijaksana bagi mencapai kehidupan yang diredhai Allah S.W.T. Sebagai seorang ketua dalam rumah tangga yang mampu bertindak dalam berbagai keadaan dan suasana dengan penuh bijaksana. Firman Allah: Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan”

Rabu, 19 Januari 2011

Mas Kahwin dalam perspektif Islam

Perkara yang harus diperhatikan bila memilih jodoh (yang berkaitan dengan persoalan wanita) demi untuk mencapai kehidupan yang tenteram supaya ikatan perkahwinan menjadi kekal serta tujuan-tujuan yang baik dari perkahwinan itu ialah ringan mas kahwinnya.
Hendaklah maskahwin si isteri tidak memberatkan kerana memang dilarang oleh agama untuk memahal-mahalkan maskahwin. Setengah para sahabat berkahwin dengan maskahwinnya emas seberat biji kurma yang dianggarkan berharga tidak lebih dari dari lima dirham.
Said Ibnul-Musaiyab mengahwinkan puterinya kepada Abu Hurairah r.a dengan maskahwinnya sebanyak dua dirham saja, kemudian dia pun menghantarkan puterinya itu kepada Abu Hurairah pada malam itu juga dan setelah diserahkannya di rumah Abu Hurairah lalu dia kembali, Said tidak kembali lagi ke rumah Abu Hurairah itu melainkan setelah berlalu tujuh hari untuk bertanyakan khabar saja.
Ada sebuah Hadis yang mengatakan bahawa antara keberkahan seorang wanita ialah melekaskan perkahwinannnya sehingga ia dapat melahirkan anak dan ringan pula maskahwinnya.
Sebagaimana makruh hukumnya memahalkan maskahwin wanita ke atas lelaki, demikian pula makruh hukumnya bertanyakan harta kekayaan wanita oleh lelaki. Tidak sewajarnyalah bagi lelaki untuk menikahi seorang wanita, kerana tamak pada harta kekayaannya semata-mata. Jika lelaki memberikan hadiah kepada keluarga si wanita, maka janganlah ia mengharapkan balasan dari pihak wanita dengan hadiah-hadiah yang lebih banyak lagi.
Demikianlah pula halnya dengan pihak wanita, kerana niat menginginkan balasan adalah suatu niat yang tidak baik, dan termasuk ke dalam larangan maksud ayat berikut:
"Janganlah engkau memberikan lantaran menginginkan balasan yang lebih banyak"
(Al-Mudahthir ayat 6.)